Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Gadis yang Bakal Menjadi Manusia Pertama ke Marikh



Nasa hopeful Alyssa Carson has been obsessed with space for most of her life
Sumber: nasablueberry.com


Pada entry pertama ini, saya tertarik untuk menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang sekarang ini sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi orang pertama yang akan menjejakkan kaki di Planet Marikh. Ketika berumur 3 tahun, Alyssa Carson telah memberitahu ayahnya yang dia ingin menjadi seorang angkasawan dan menjadi orang yang akan menjejakkan kaki ke Planet Marikh.

Pada usia 16 tahun, senarai pencapaian Alyssa termasuklah menyaksikan 3pelancaran Space Shuttle, menghadiri Space Camp sebanyak 7 kali, Space Academy sebanyak 3 kali, Robotics Academy, Aviation Challenge dan beberapa kali menyertai Sally Ride Camp. Dia merupakan individu termuda lulus daripada Advanced Space Academy.


Sumber: nasablueberry.com
Alyssa telah menerima Right Stuff Award, iaitu anugerah yang paling tinggi yang boleh diperolehi seseorang daripada Space Camp untuk pertama kalinya ketika beliau menghadiri Camp tersebut. Pada tahun 2012 dan 2013, dia melanjutkan pelajarannya di Space Camp Turkey dan Space Camp Canada. Beliau menjadi individu pertama di dunia menghadiri ketiga –tiga NASA Space Camp.

Alyssa merupakan lulusan daripada National Flight Academy, Virginia Flight Academy, Comosphere, Euro Space Academy dan Gladiator School. Beliau juga merupakan orang pertama dan satu-satunya individu setakat ini untuk melengkapkan NASA Passport Program, melawat kesemua 14 NASA Visitor Centers yang merentasi 9 buah negeri.

Pada bulan Januari 2013, NASA menjemputnya untuk berada di panel MER 10 Smithsonian Institution di Washington DC untuk membincangkan tentang misi ke Marikh secara langsung disiarkan di NASA TV. Beliau kemudiannya terpilih menjadi salah seorang daripada tujuh duta besar mewakili Mars One iaitu sebuah misi untuk menubuhkan koloni manusia di Marikh pada tahun 2030.


Sumber: nasablueberry.com
                                                                     
Alyssa telah menghadiri International Space University’s summer program pada tahun 2015. Pada bulan Oktober 2016, Alyssa yang ketika itu berumur 15 tahun, merupakan individu termuda untuk diterima dan lulus Embry-Riddle’s Advanced PoSSUM (Polar Suborbital Science in the Upper Mesosphere) Academy, dan secara rasminya telah mngesahkannya sebagai seorang saintis dan angkasawan pelatih. Alyssa menjalankan satu projek penyelidikan dalam pembentukan awan Noctilucent dan menjalani latihan Space Suit di Zero Gs, kedua-duanya bertempat di Canada dan Embry-Riddle di Florida.


17-year-old Alyssa hopes to become the first human to set foot on the red planet
Sumber: nasablueberry.com
Pada tahun 2017, Alyssa telah dinobatkan sebagai Louisiana Young Hero. Beliau telah meberi ucapan ke seluruh dunia. Ucapannya telah diterbitkan di media berita hampir seluruh negara dan boleh didengari atau ditonton di radio dan di kebanyakan rancangan televisyen.

Sumber: nasablueberry.com

Alyssa kini menghadiri Baton Rouge International School di mana beliau merupakan graduan ke-11 yang telah mendaftar pada Program Antarabangsa Baccalaureate. Beliau boleh bertutur dengan fasih dalam 4 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Mandarin. Alyssa juga telah mempunyai sijil Advanced Scuba  dan merancang untuk melengkapkan latihan penerbangan.


Sumber: nasablueberry.com
                                                                                                                  
“Cabaran terbesar yang perlu saya hadapi adalah segala-galanya dilakukan pada usia muda, ketika masih sekolah menengah. Meneruskan latihan angkasawan dalam usia yang muda ini lebih sukar tetapi saya telah melakukannya dengan baik setakat ini,” jelasnya.


The Lousiana teen has been training extensively in hopes of joining Nasa's 2033 mission to Mars
Sumber: nasablueberry.com

Bila ada masa lapang, Alyssa juga menjadi seorang public speaker dengan tujuan ingin menggalakkan anak-anak muda lain untuk meneruskan matlamat hidup.

“Always follow your dream and don’t let anyone take it from you.” – Alyssa Carson


          -Boleh follow Alyssa kat insta dia: nasablueberry

Sumber: nasablueberry.com


Artikel: www.lawg.cap.gov


Yorum Gönder

0 Yorumlar